Ahad, 25 April 2010

GOTONG ROYONG MEMBINA TAMAN







Taman Herba

Taman Sains






Taman Kaktus

LEMBARAN BARU 2010

2010 telah hampir empat bulan berlalu. Banyak perkara yang perlu diselesaikan tahun ini. SK Sindumin telah merancang untuk menceriakan sekolah ini dari pelbagai sudut. Antara program yang akan dilaksanakan ialah mengwujudkan taman-taman seperti Taman Sains, Taman Herba, Taman Kaktus, projek pokok hiasan dan sebagainya.

Selasa, 17 November 2009

SUKANEKA PIBG







17 Nov - Sukaneka PIBG SK Sindumin berlangsung dengan meriahnya di padang sekolah. Sambutan daripada pelajar dan ibu bapa sangat menggalakkan. Ibu bapa juga telah memberi kerjasama yang cukup baik sepanjang acara berlangsung. Di harap akan banyak lagi program seumpama ini akan di laksanakan bagi menjamin ikatan silaturrahim antara pihak sekolah dan ibu bapa akan bertambah erat.
Acara-acara sukaneka yang di jalankan ialah :
Ibu bapa: Lari ikat kaki berpasangan, dua kategori (lelaki dan perempuan), Menggolek kelapa menuju sasaran (lelaki dan perempuan), pertandingan mengisi air ke dalam botol dengan menggunakan sudu 3 orang sepasukan (bapa, ibu dan anak), memindahkan bola getah dari bakul A ke bakul B 4 orang sepasukan (bapa, ibu, anak lelaki dan anak perempuan)Lumba jalan biawak berpasangan (bapa sahaja) lumba memakai kasut dan stokin berpasangan (suami dan isteri) dan acara menarik upih (ibu dan anak).
Acara murid: Membawa bola dalam sudu Tahap 1 (lelaki/perempuan), Boling padang Tahap 2 (lelaki/perempuan), memindahkan bola getah dari bakul A ke bakul B berpasukan tahap 1 (2 lelaki/2 perempuan) , mengisi air air ke dalam botol dengan menggunakan span berpasukan tahap 2 (2 lelaki/2 perempuan) dan lumba keretapi berpasukan (6 sepasukan) terbuka lelaki/ perempuan.

Jumaat, 13 November 2009

AKTIVITI
















Peperiksaan akhir tahun telah pun tamat. Seperti biasa, hampir semua sekolah di seluruh negara mengadakan pelbagai aktiviti bagi mengisi waktu menjelang Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang(MAPC) 2009. Begitu juga keadaannya dengan SK Sinduman. Guru-guru sibuk membuat persediaan untuk MAPC dan dalam masa yang sama masih sempat menganjurkan perlawanan bola jaring dan bola sepak antara pasukan.
Get This 4 Column Template Here
Get More Templates Here