Sekolah ini dibina pada tahun 1947 atas dayausaha Ketua Kampung En. Donglah Daud dengan kerjasama dan daya usaha Pegawai Daerah Sipitang Allahyarham Datuk Hj. Mohd. Yassin bin Hj. Hashim. Bangunan yang pertama dibina dengan menggunakan tiang kayu, berdindingkan papan, beratapkan daun nipah dan berlantaikan papan. Bangunan ini tidak mempunyai bilik- bilik. Kedudukan bangunan ini di tepi Sungai Mengalong.
Pada tahun 1959, dengan pertambahan bilangan pelajar kerajaan telah membina bangunan baru. Kedudukan bangunan ini masih lagi di tapak yang sama . Bentuk bangunan ini merupakan sebuah bangunan panjang yang hanya mempunyai sebuah bilik, sebuah pejabat Guru Besar, tandas dan sebuah rumah guru.
Pada tahun 1960 bangunan sekolah telah ditambah dengan sebuah bangunan panjang yang bertiangkan simen dan beratapkan zink. Bangunan ini mempunyai dua buah bilik dan bangunan pondok sekolah lama tidak digunakan lagi.
Pada tahun 1980, permohonan membina sekolah baru telah diluluskan. Awal tahun 1981 pembinaan sekolah yang baru mula dibina di kawasan tanah seluas 4.47 ekar. Kedudukan sekolah ini berdekatan dengan jalanraya dan Sempadan Negeri Sarawak. Bangunan ini terdiri daripada dua buah bangunan yang mengandungi 7 buah bilik darjah, sebuah bilik Guru Besar, stor dan bilik guru. Terdapat juga sebuah tandas moden, 5 buah rumah guru dan sebuah padang permainan. Sekolah baru ini mula digunakan pada pertengahan tahun 1982.
Pada tahun 1983 sebuah lagi bangunan ditambah yang terdiri dari 3 buah bilik dan telah digunakan di awal tahun 1984. Pada tahun 1985, sekolah ini telah diubah namanya daripada Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Sindumin kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Sindumin.
Sebuah bangunan Pra Sekolah telah dibina pada tahun 1992. Bangunan ini terdiri dari sebuah bilik darjah.
Sebuah lagi bangunan tambahan dibina pada tahun 1999. Bangunan ini terdiri daripada tiga buah bilik. Kini bangunan ini telah digunakan sebagai Bilik Guru, Pejabat Pentadbiran dan Pusat Sumber.
Sebuah bangunan Makmal Komputer telah dibina. Bangunan ini telah siap dan mula digunakan pada tahun 2003.
Sebuah lagi bangunan tambahan telah dibina pada tahun 2003. Bangunan ini terdiri daripada 6 buah bilik darjah. Bangunan ini mula digunakan pada tahun 2004.
Sekolah ini bergiat cergas dalam pelbagai kegiatan tidak kiralah dalam kegiatan kurikulum ataupun ko-kurikulum. Semua ini adalah kerana semangat dan dorongan oleh guru- guru besar, guru- guru, para pelajar dan masyarakat setempat yang sentiasa ingin melihat sekolah ini berkembang maju dalam pelbagai bidang. Sehubungan dengan itu sekolah ini telah menerima pelbagai anugerah di sepanjang penubuhannya.
Sekolah ini juga telah melahirkan ramai para pelajar yang berjaya hingga ke pusat Pengajian Tinggi, menjadi Tokoh Politik, Pegawai- pegawai Kerajaan dan Swasta serta Ahli- ahli Perniagaan yang berjaya.
GURU BESAR SK SINDUMIN
JASAMU DIKENANG
01 EN MOHD YASSIN BIN ABDUL RAZAK 1948-1950 02 TUAN HJ DAMIRAH BIN HUSSIN 1950-1951 03 EN AHMAD BIN HUSSIN 1951-1953 04 EN BAYUNAN @ BAINUN ONGGU 1954-1956 05 EN MASEH BIN SARUDIN 1956-1958 06 EN IBRAHIM BIN ABD RAHMAN 1958 07 EN ABD GHANI BIN WAHAB 1959-1964 08 EN SULAIMAN BIN BONGSU 1965-1969 09 EN TUAH BIN AHMAD 1970-1971 10 EN SALLEH BIN MATUSSIN 1972 11 EN AWANG DAMIT BIN KAMBAR 1972 12 EN ABD RAZAK BIN MATALI 1973-1974 13 EN HAMZANI BIN HJ MATALI 1975 14 EN MOHD GHAZALI BIN HJ MOHD TAHA 1976-1982 15 TUAN HJ AWANG ADI BIN SAWAL 1983 16 EN SITAM BIN HJ DULLAH 1994-1995 17 EN OTHMAN BIN SIDEK 1995-1997 18 EN KARIM BIN NAYAN 1997-2003 19 EN JOHARI BIN MATUSSIN 2003-2005 20 PN NAUYAH BTE ABDULLAH 2005-
Anugerah yang pernah dimenangi:
- Sekolah Tercantik dan Terindah pada tahun 1977, 1978 dan 1982. - Anugerah Keceriaan Sekolah Peringkat Daerah Sipitang pada tahun 1985. - Sekolah Harapan Negara Peringkat Kebangsaan pada tahun 1988. - Sekolah Harapan Negara Peringkat Bahagian Beaufort pada tahun 2002, 2003 dan 2004.